Panji-Panji Hitam Imam Mahdi Itu Tafsirnya Adalah Jet-Jet Tempur Hitam


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


PENERANGAN RINGKAS BERKENAAN TENTANG MAKSUD DISEBALIK PANJI-PANJI HITAM 


Hadis mengenai tentang "Panji Hitam" (Jet Tempur Hitam) :


‎عَنْ ثَوْبَانَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ، كُلُّهُمُ ابْنُ خَلِيفَةٍ، ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ، ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ، فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ” – ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ فَقَالَ – فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ، فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ.


Diriwayatkan daripada Thauban R.A beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Akan berperang tiga orang di sisi pembendaharaanmu. Mereka adalah putera khalifah. Tetapi tidak seorang pun di antara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian TERBIT (تَطْلُعُ) panji-panji hitam dari arah SEBELAH TIMUR, lantas mereka memerangi kamu dengan cara pembunuhan yang BELUM PERNAH DI LAKUKAN oleh KAUM SEBELUMMU.“

Kemudian beliau Sallallahu'alaihi Wasalam menyebutkan sesuatu yang tidak aku hafal, lalu bersabda, 

“Maka jika kamu melihatnya, maka berbai’atlah kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji, kerana disisinya ada Khalifah Allah, Yang Mendapat Petunjuk.”

[Hadits Riwayat Ibnu Majah (4074) | Sahih | dalam Kitabul Fitan dan Riwayat Al-Hakim dalam Mustadrok | Sahih ]


• Hadits ini marfu serta sahih kerana sanadnya tidak terputus dan dapat diterima, iaitu sebab :

- Dari Muhammad Bin Yahya & Ahmed Bn Yusuf

[ Tsiqah - Perawi Sahih Muslim ]

- Dari 'Abdur-Razzaq bin Humam 

[ Tsiqah - Perawi Sahih Muslim & Sahih Bukhari]

- Dari Sufyan At-Tsauri

[ Tsiqah - Perawi Sahih Muslim & Sahih Bukhari]

- Dari Khalid bin Mahran al-Hadha'

[ Tsiqah - Perawi Sahih Muslim & Sahih Bukhari]

- Dari Abu Qilabah 'Abdullah bin Zayd

[ Tsiqah - Perawi Sahih Muslim & Sahih Bukhari]

-Dari Abu Asma' al-Rahbi

[ Tsiqah - Perawi Sahih Muslim]

- Dari Tsauban Sahabi Yang Mendengar Dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menyebutkan:

ﺛُﻢَّ ﺗَﻄْﻠُﻊُ ﺍﻟﺮَّﺍﻳَﺎﺕُ ﺍﻟﺴُّﻮﺩُ 

= Kemudian Terbit (tathlu'u/تَطْلُعُ) panji-panji hitam

[ Sunan Ibn Majah 4084 | Marfu | Sahih ]


💚Disiplin Didalam Mentafsir Hadith Di Atas💚


1) Perkataan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa 'Benar'

Surah An-Najm, Ayat 3 :

وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ⁠

"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri." 


Ayat 4:

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحَىٰ

"Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu (Ilham atau Mimpi) yang diwahyukan kepadanya."


2) Tujuan Perkataan "Tathlu'u" bukan untuk 'Syair' dan bukan sekadar perkataan tetapi mengandungi 'Pengajaran' yang besar bagi yang dapat memahaminya.

Serta Didapati "Tathlu'u" perkataan terbit sering kali merujuk kepada terbit matahari didalam al-Quran dan Hadith.

Surah Yassin, Ayat 69:

وَمَا عَلَّمْنَٰهُ ٱلشِّعْرَ وَمَا يَنۢبَغِى لَهُۥٓ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْءَانٌ مُّبِينٌ

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan (Ilham atau mimpi) kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan. 


3) Akibat Menyembunyikan Perkataan تَطْلُعُ/Tathlu'u (Terbit) dengan SENGAJA adalah berdosa besar.

Surah Al-Baqarah, Ayat 159:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَآ أَنزَلْنَا مِنَ ٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلْهُدَىٰ مِنۢ بَعْدِ مَا بَيَّنَّٰهُ لِلنَّاسِ فِى ٱلْكِتَٰبِ ۙ أُو۟لَٰٓئِكَ يَلْعَنُهُمُ ٱللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ ٱللَّٰعِنُونَ 


"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." 


4) Panji-Panji Hitam Yang Terbit Ke Angkasa untuk memerangi kezaliman:

ﻓَﻴَﻘْﺘُﻠُﻮﻧَﻜُﻢْ ﻗَﺘْﻼً ﻟَﻢْ ﻳُﻘْﺘَﻠْﻪُ ﻗَﻮْﻡٌ 

= "Lantas Mereka Memerangi Kamu Dengan Cara Pembunuhan Yang Belum Pernah Dilakukan Oleh Kaum Sebelummu."

[ Sunan Ibn Majah 4084 | Marfu | Sahih ]

• Maka, telah terbukti jelas bahwa panji-panji hitam BUKANLAH merujuk kepada bendera tetap ianya merujuk kepada sebuah LAMBANG BERWARNA HITAM KEBANGGAN SUATU ANGKATAN TENTERA NEGERI, YANG AKAN TERBIT MENGAPUNG DI ANGKASA tanpa penyangga apapun, sehingga apabila hendak melihatnya kita mestilah mengangkat kepala dan wajah kita ke atas sebagaimana kita hendak memandang kepada matahari dan bulan yang terbit di angkasa!


5) Tentera Islam sejati yang lebih maju dan lebih canggih daripada teknologi musuh.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:

"Apabila peperangan besar (malhama al-kubra) akan berlaku, maka Allah akan menghantar Tentera daripada orang bukan arab, yang akan menjadi sebaik-baik penunggang kuda dan memiliki SENJATA  PERANG YANG LEBIH HEBAT daripada orang arab, dan Allah mengkokohkan agama (Islam) ini dengan mereka.”

[Sunan Ibnu Majah 4090, Hadis Hasan]


Surah Al-Anfal, Ayat 60: 

وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ ٱلْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) SEGALA JENIS KEKUATAN yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."



6) Sayyid Muhammad Qasim memberitahu menurut mimpinya bahwa pasukan panji hitam itu adalah Pasukan Jet tempur hitam, maka pihak musuh tidak dapat menghentikan kami.

Daripada Abu Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

“Jika zaman itu telah dekat (kiamat), banyak mimpi orang Islam tidak bohong. Mimpi orang beriman adalah 1 dari 46 bahagian kenabian dan apa saja yang dari kenabian tidak akan menjadi bohong”.


Pada riwayat lain, Nabi ﷺ bersabda,

“Yang paling benar (jujur) di antara kamu adalah orang yang mempunyai mimpi yang paling benar (menjadi nyata).”

[Sahih Bukhari 6614, Sahih Muslim 2263]


Segala puji hanyalah bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala. 


Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala meredhoi, memberkati dan merahmati kita semua, Insha Allah. 


Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi di negeri abadi.

وَادْخُلِيْ جَنَّتِيْ (89:30) 


Aamiin Yaa Mujibas Saailiin 


Fii Amanillah

Wallahu Alam Bishawab 


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى  مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد 


#avoidSYIRIK 

#pecintakedamaian

#InshaaAllah

#AllahJagaKitaSemua

#SunnahofProphet

#RapatSaf

#JiwaMerdeka

Komentar