Nama Penuh Nabi Dan Muhammad Qasim
Ya Qasim adalah bagian dari nama Penuh Nabi. Abul Qasim Muhammad Bin Abdullah. Benar nama Imam Mahdi adalah Mirip Nabi Muhammad yaitu Qasim dan nama putra Nabi adalah Qasim.
para pejuang visi memurnikan Tauhid oleh Nabi Muhammad S.A.W dan Imam Mahdi akan senantiasa meningkatkan eskalasi juangnya dalam menyebar Mimpi Muhammad Qasim
PESAN RASULULLAH ﷺ KEPADA PARA PEMBANTU DAN GEMPA BUMI DI MALAYSIA (6 JUN 2022)
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu’alaikum wrt.
Malam ini di dalam mimpi, Muhammad Qasim telah melihat Nabi Muhammad ﷺ berulang kali, berkali-kali. Aku tidur, melihat mimpi, kemudian bangun, dan tidur semula dan perkara yang sama berulang.
Ini berlaku berkali-kali dan aku tidak berniat untuk berkongsi mimpi ini dengan sesiapa pun. Tetapi selepas mimpi terakhir, aku memutuskan bahawa aku akan berkongsi mimpi ini dengan semua pembantu. Selepas membuat keputusan ini, aku tidak melihat mimpi ini lagi.
Mimpi itu bermula dengan aku berada di sebuah kedai di negaraku Pakistan, yang telah aku kunjungi bersama beberapa pembantu Malaysia pada hari yang sama. Dalam mimpi, aku bersama mereka dan mereka sedang membeli beberapa barang yang mereka ingin dapatkan untukku.
Aku telah menegaskan bahawa aku tidak mahu perkara ini tetapi mereka terus membelinya untukku. Kemudian aku melihat Nabi Muhammad ﷺ muncul di kedai. Baginda ﷺ kelihatan sangat gembira dan lega apabila melihat kami.
Baginda ﷺ mendekati salah seorang pembantu Malaysia dan berkata kepadanya dalam bahasa Inggeris, “Sepatutnya kamu menolong Qasim seperti ini”. Selepas mendengar ini, mimpi itu berakhir.
Aku bangun dan tidur semula. Kemudian aku melihat Nabi Muhammad ﷺ lagi, dan kali ini aku melihat Nabi Muhammad ﷺ pergi kepada pembantu lain di negara lain. Sebahagian daripada orang-orang itu sibuk dengan kerja mereka sendiri, dan Nabi Muhammad ﷺ berkata kepada mereka, “Sepatutnya kamu menolong Qasim dahulu”.
Dan beberapa pembantu sedang membantu pekerjaan penyebaran mimpi, dan kepada mereka Nabi Muhammad ﷺ berkata, "Sepatutnya kamu lebih banyak membantu Qasim".
Aku bangun semula dan tidur, dan mimpi itu berulang dengan orang yang berbeza tetapi mesej yang sama dari Nabi Muhammad ﷺ. Tetapi setiap kali mimpi, Nabi Muhammad ﷺ bersama pembantu yang berbeza di bahagian yang berlainan di dunia, dan aku percaya aku melihat hampir semua pembantu di semua negara.
Ini berterusan berulang kali sehingga aku terjaga selepas beberapa siri mimpi, dan aku berkata kepada diriku bahawa, apabila aku melihat Nabi Muhammad ﷺ lebih daripada sekali dalam satu malam ia biasanya penting dan kerja itu perlu dilakukan dengan segera, dan aku telah melihat Nabi Muhammad ﷺ berkali-kali.
Aku tidur semula, dan kali ini aku melihat ada gempa bumi besar di Malaysia, dan pembantu Malaysia yang sama yang bersamaku sebelum ini, mula membantu mereka yang terjejas oleh gempa bumi.
Aku melihat bangunan runtuh, dan orang ramai terperangkap dalam runtuhan dan pembantu Malaysia ini membantu mereka. Kemudian aku melihat Nabi Muhammad ﷺ sekali lagi bercakap dengan pembantu Malaysia itu. Baginda ﷺ berkata kepada mereka, “Seharusnya kamu menolong Qasim dahulu.”
Dan aku merasakan bahawa Nabi Muhammad ﷺ bermaksud untuk membantu Qasim terlebih dahulu, dan jika Qasim tidak memerlukan sebarang bantuan, maka datang dan bantu mereka. Kemudian aku melihat pembantu di Malaysia, mereka keluar dari negara mereka untuk membantuku.
Aku bangun semula selepas ini dan menyangka bahawa pembantu Malaysia sedang membantu mereka yang memerlukan akibat gempa bumi, dan ramai orang terperangkap di rumah mereka dan di bawah bahagian bangunan yang runtuh. Mereka (rakyat Malaysia yang dilanda gempa bumi) lebih bermasalah dan memerlukan bantuan terlebih dahulu.
Aku tidak berniat untuk berkongsi mimpi ini pada masa ini tetapi aku fikir aku telah melihat Nabi Muhammad ﷺ malam ini dan aku juga berkata kepada diriku bahawa apa yang Nabi Muhammad ﷺ katakan adalah penting dan sentiasa benar. Oleh itu aku harus berkongsi mimpiku dengan semua pembantu. Selepas membuat keputusan ini aku kembali tidur dan kemudian aku tidak melihat mimpi ini lagi.
Komentar
Posting Komentar